Menu Close

3 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Guna Akaun Peribadi Untuk Bisnes

akaun peribadi picture

Gambar oleh iStockphoto

Selepas dunia dilanda COVID-19, ramai orang terpaksa diberhentikan kerja. Jika ada yang bernasib baik pun, hanya gaji atau elaun sahaja yang dipotong.

Kebanyakkan daripada mereka akan memilih untuk cuba berniaga kecil-kecilan bagi menampung kehidupan terutamanya bagi yang menetap di bandar.

Ada yang memilih untuk jual makanan, ada yang jual baju dropship dan sebagainya.

Dalam melakukan bisnes terutamanya secara online, sudah tentu akan melibatkan transaksi duit keluar masuk melalui akaun bank.

Ini adalah 3 sebab kenapa anda tidak boleh menggunakan akaun simpanan peribadi untuk kegunaan bisnes.

1. Akaun akan dibekukan.

Bisnes melibatkan transaksi keluar masuk duit yang banyak dalam masa sehari. Pelanggan akan masukkan duit ke dalam akaun anda, anda pula akan perlu keluarkan duit untuk beli modal barang dan kos operasi yang lain.

Itu belum termasuk lagi kegunaan peribadi sahaja seperti guna akaun bank tadi untuk beli barangan keperluan sendiri seperti barangan dapur dan sebagainya.

Jadi, sudah tentu banyak transaksi yang direkodkan dalam tempoh masa sehari untuk akaun bank simpanan anda.

Ini berpotensi untuk menyebabkan akaun peribadi anda dibekukan kerana bank curiga dengan transaksi yang berlaku (ya, walaupun bagi anda setakat “alah berapa sen sahaja duit selalu keluar masuk, lagipun aku buat bisnes halal kot”).

Jadi, apabila akaun bank anda sudah disekat, anda juga yang susah sebab tak boleh nak gunakan duit anda sendiri dengan cepat seperti biasa.

Pelanggan pun susah nak buat pembayaran pembelian barangan anda. Habis rugi sahaja masa anda dan juga pelanggan.

2. Peribadi vs Bisnes

“Rasa macam banyak barang laku, tapi kenapa bila kira balik duit tak ada pun untung?”

Tak tahu nak asingkan mana modal dan yang mana untuk kegunaan peribadi.

Kalau anda gunakan akaun bank yang sama untuk bisnes, macam mana anda nak asingkan modal, gaji sendiri dan untung?

Adakah setiap kali duit masuk, anda nak kena catat satu persatu ini duit jualan, ini duit peribadi dan ini duit pinjaman?

Merugikan masa dan tidak efektif dalam melicinkan bisnes anda untuk jangka masa panjang.

Jadi, mengasingkan akaun bank untuk kegunaan peribadi dan bisnes adalah langkah pertama yang anda perlu lakukan supaya anda tidak lagi pening lalat dalam menguruskan kewangan bisnes anda.

3. Kepercayaan pelanggan

Selain itu, kalau anda gunakan akaun simpanan peribadi, anda akan susah nak mendapat kepercayaan pelanggan.

Hal ini kerana, ada sesetengah pelanggan merasakan adalah lebih selamat mereka transfer duit ke akaun company berbanding akaun persendirian sebab kalau apa-apa jadi, mereka boleh cari maklumat syarikat tu terutamanya untuk peniaga online.

Bisnes anda pun akan nampak lebih meyakinkan dan kukuh kalau anda ada akaun semasa atas nama syarikat sendiri.

 

Sudah daftar SSM? Baca di sini: https://www.theberuwang.com/5-sebab-utama-mengapa-anda-perlu-daftar-ssm/

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts