Menu Close

3 Tips Jimat Semasa Inflasi

Apa Itu Inflasi?

Inflasi adalah keadaan di mana harga barangan menjadi sangat mahal dan seterusnya menggurangkan kuasa beli pengguna. Apabila kenaikan harga barang berlaku, pengguna biasanya tidak pasti sampai bilakan keadaan inflasi tersebut akan berlarutan. 

Situasi ini sudah tentu memberi tekanan kewangan kepada pengguna kerana perlu berbelanja lebih bagi membeli barangan yang sama.

Tapi takkan lah kita tak nak berbelanja langsung kan? Kita mesti perlu berbelanja juga bagi membeli barangan keperluan harian dan meneruskan kehidupan. 


Jadi di sini admin kongsikan 3 tips yang boleh digunakan untuk berjimat semasa inflasi.

Kaji semula perbelanjaan

Senaraikan semua perbelanjaan bil dan keperluan anda. Contohnya seperti komitmen hutang hakiki seperti potongan rumah, kereta, barangan runcit, langganan movie, gym dan bil utiliti.

Potong perbelanjaan langganan yang anda jarang gunakan. Buang barangan yang bukan keperluan daripada senarai barangan runcit anda. 

Walaupun hanya beberapa ringgit sahaja sebulan, tetapi ianya tetap dikira sebagai memakan ruangan bajet perbelanjaan anda.

Tukar tempat shopping

Jika sebelum ini kita biasa pergi ke tempat shopping yang agak kayangan, apa kata kali ini kita cuba membeli barangan terutamanya keperluan harian di tempat shopping yang lebih murah walaupun cuma beza seringgit dua. 

Utamakan juga penggunaan baucer dan kupon diskaun semasa melakukan pembayaran. Dengan cara ini, pengguna dapat potong sedikit demi sedikit kos tambahan pembelian barangan terutamanya produk runcit.

Elakkan tambah hutang baru

Kereta baru, rumah baru, telefon baru. Memang nampak menarik dan gah tetapi elakkan menambah hutang baru jika tiada keperluan. Hal ini kerana, semasa inflasi, kadar faedah adalah tidak stabil dan sering meningkat. Jadi, sebenarnya kita membayar lebih disebabkan kos kadar faedah yang tinggi untuk hutang baru kita tersebut.

Inflasi adalah salah satu kitaran ekonomi yang normal. Jadi, kita perlu sentiasa bersiap sedia dalam mempertahankan kewangan kita semasa keadaan ini berlaku.

Kongsi Melalui:

Related Posts