Menu Close

3 Tips Simpan Duit Paling Berkesan

simpan duit picture

“Duit gaji aku sikit je, macam mana nak menyimpan ni..”

“Simpan-simpan pun buat apa, nanti tak sempat merasa”

Apa yang perlu kita buat selepas dapat gaji? Simpan dulu, belanja kemudian. Atau belanja dulu, simpan kemudian?
Pusing macam mana sekalipun, kita perlu menyimpan. Menyimpan duit bukanlah suatu perkara mudah tetapi ianya adalah sebagai dana kecemasan kita apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Ini 3 tips simpan duit paling berkesan

1. Mempunyai lebih daripada 1 bank akaun

Jika dahulu kita seorang pelajar dan kini sudah berkerja, pasti kita mempunyai sekurang-kurangnya 2 jenis akaun bank berbeza.
Akaun yang kita guna untuk terima gaji ialah akaun utama, manakala akaun bank kedua boleh digunakan sebagai tabung.
Setiap kali gaji sahaja, kita transfer terus sejumlah wang kepada akaun tabung tersebut. Lakukan secara konsisten.

 2. Tabung RM 5

Teknik ini ialah antara teknik paling popular dan praktikal tanpa mengira umur dan latar belakang. Setiap kali kita dapat sahaja sekeping not hijau RM 5, jangan belanjakannya.
Masukkan terus ke dalam tabung fizikal khas. 
Jika kita seorang yang estetik, pilihlah tabung fizikal yang lutsinar. Pasti gembira rasa hati apabila melihat tabung penuh dengan not hijau tersebut. 
Apabila penuh sahaja tabung, baru kita pergi ke bank dan masukkan ke dalam akaun ASB atau pelaburan kita.
 Barulah duit simpanan tadi dapat digandakan dan kita mendapat keuntungan.
 

3. Tabung menggunakan teknik sampul 

Teknik ini juga sesuai diaplikasikan untuk semua golongan. Dapat sahaja gaji, kita asingkan terus sampul belanja dan sampul simpan duit. 
Dengan cara ini, barulah kita tak mudah belanjakan duit sehingga habis tanpa sedar.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Belajar jadikan menyimpan sebagai tabiat, baru kita akan rasa selesa dan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Kongsi Melalui:

Related Posts