Menu Close

3 Tips Susun Bajet Work-From-Home (WFH)

WFH picture

Gambar oleh 123rf.com

Beratus-ratus syarikat terpaksa mengarahkan kakitangan mereka untuk Bekerja Dari Rumah atau Work-From-Home (WFH) apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bertujuan untuk mengawal kes jangkitan COVID-19 di tempat kerja.

Rata-rata berpendapat WFH memberikan lebih fleksibiliti berbanding dengan bekerja di pejabat. Namun begitu, setelah lebih setahun pelaksanaan PKP, ada juga yang berpendapat kerja di pejabat lebih efektif dan menjimatkan kos.

Namun begitu, sebagai seorang pekerja, kita perlu akur kepada keputusan syarikat sekiranya mereka mengarahkan kita untuk teruskan WFH.

Ini 3 tips penting untuk kita susun bajet kewangan semasa WFH

1. Bajet Dapur

snacking while working

 

Apabila kita WFH, kita tidak lagi singgah di kedai dan membelanjakan wang untuk membeli kopi atau makanan tengahari. Kita rasa kita dah boleh jimat dekat situ.

Tapi kadangkala kita tak perasan, semasa WFH kita lebih kerap mengunyah dan juga memesan makanan atas talian. Kita merasakan tindakan kita ini akan memudahkan urusan kerja kerana tak perlu lagi fikir tentang menu memasak.

Jadi, untuk mengatasi masalah terlebih bajet dapur ini, kita dicadangkan agar susun dulu perbelanjaan mingguan dan susun diet kita untuk seminggu. Kita perlu latih diri supaya disiplin dengan diet kita.

Bukan sahaja poket sihat, malah badan juga akan sihat. Badan yang sihat memudahkan kita fokus kepada kerja untuk jadi manusia ber-wang.

2. Bajet logistik

Businessman Drive Car Go To Office Stock Photo - Download Image Now - iStock

 

Ada sesetengah syarikat yang memberikan elaun kenderaan atau perjalanan kepada staffnya. Namun apabila diminta untuk WFH, sudah tentu ada syarikat yang memotong elaun perjalanan ini dengan alasan tidak ada kos logistik untuk pekerja.

Pemotongan elaun ini sudah tentu memberi sedikit kesan kepada kita sekiranya kita mengharapkan duit elaun perjalanan untuk menampung sedikit sebanyak kos bayaran bulanan kereta. Ya memang betul, kita masih boleh menjimatkan kos petrol, masa dan juga tol kerana tidak perlu ke pejabat.

Tetapi kita masih lagi perlu fikirkan cara untuk tampung semula kos pemotongan elaun ni.

Jadi apa yang boleh cuba dilakukan ialah menyediakan perkhidmatan sewa kereta untuk tujuan grab/penghantaran. Walaupun kita tak gunakan kereta, tetapi sekurang-kurangnya pendapatan daripada sewaan itu dapat bantu berikan kita aliran tunai positif.

3. Bajet utiliti

Romanian Social Democrats draft bill to defer social security contributions and utility bills | Romania Insider

 

Sebelum ini, jika kerja di pejabat, kita tak perlu risau tentang bil elektrik dan juga internet yang tinggi. Hal ini kerana semuanya ditanggung sebagai kos operasi pihak syarikat.

Ada sesetengah orang lebih selesa dengan WFH kerana mempunyai ruang peribadi sendiri di rumah. Ruang yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan dapat memberikan mood positif untuk WFH.

Namun, ada juga yang terpaksa menambah kos sendiri seperti memasang internet rumah yang lebih laju supaya dapat menampung keperluan pembelajaran online anak dan juga online meeting syarikat. Ada juga yang terpaksa membeli perabut baru seperti kerusi dan meja serta memasang pendingin hawa untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih selesa.

Jadi apa yang kita oleh cuba lakukan ialah, pastikan guna pendingin hawa pada suhu yang sederhana untuk menjimatkan kos elektrik. Beli barangan perabut yang penting sahaja pada harga yang murah tetapi berkualiti.

Simpan segala resit perabut dan utiliti terlibat. Cuba berbincang dengan majikan untuk sama ada boleh mendapat sedikit elaun tambahan untuk menggurankan kos bekerja di rumah. Jika pihak majikan tidak bersetuju, tidak mengapa. Jangan bersedih. Kita masih lagi boleh gunakan resit tersebut untuk mendapat penggurangan  cukai. Sentiasa cari jalan untuk kurangkan kerugian kita.

 

Walaupun banyak dugaan WFH, tetapi kita seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk mengekalkan pekerjaan kita semasa musim pandemik ini. Semoga tips ini dapat sedikit sebanyak memudahkan urusan kita untuk jadi masyarakat ber-wang.

 

Kongsi Melalui:

Related Posts