Menu Close

5 Jenis Penipuan Wang Yang Sering Terjadi Di Malaysia

scam picture

Gambar oleh remaja.my

“Seorang wanita warga emas mengalami kerugian lebih RM 2 juta selepas ditipu ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ‘pegawai Telekom Malaysia’”- Berita Harian (5 November 2021).

“Ala, aku kan bijak, takkan kena scam punya lah!”

Hati-hati. Jika anda rasa anda bijak, ada scammer yang lagi bijak!

Ini adalah 5 jenis scam yang sering terjadi di Malaysia

1. “Goyang kaki je duit masuk bos!”

Scammer tahu ramai orang yang mudah terdesak melakukan apa sahaja lagi-lagi bila mendapat tawaran kerja. Jadi, ini adalah peluang terbaik mereka untuk scam orang.

Ciri-ciri:

Minta duit pendahuluan sebelum diberikan peluang kerja. Bila si scammer dah dapat duit, maka iklan kerja dan dia sendiri pun lesap…

Tak perlu buat apa-apa. Hanya bagi number akaun sahaja.

Awas! Anda boleh didakwa atas tuduhan penggubahan wang haram AMLATFPUAA 2001 sekiranya anda membenarkan duit masuk ke akaun bank dengan banyak tanpa anda tahu sumber dari mana.

2. “Ada dapat mesej OTP tak?”

Kebiasaanya penipuan jenis ini melibatkan aplikasi haram yang memerlukan anda mengisi maklumat sensitif seperti maklumat bank, kad pengenalan atau kata laluan.

Kalau aplikasi ni minta anda untuk membenarkan “SMS Permission”, jangan benarkan sebab nanti scammer boleh dapat kod OTP daripada telefon anda.

3. “Encik bayar dulu full dekat saya, nanti baru kita ejas kontrak”

Penipuan ini biasanya melibatkan si scammer minta butiran akaun bank anda untuk mereka buat resit palsu.

Jadi nanti mereka akan minta anda bayar yuran tu untuk mereka lepaskan dana tersebut kepada anda atau sebelum mereka siap kerja yang sepatutnya dijanjikan.

Selepas anda bayar, si scammer pun buat senyap dan hilangkan diri….Hmm..

4. “Menangi wang tunai RM 10 juta!”

Penipuan jenis ini biasanya menjanjikan pulangan bulan dan bintang kepada mangsa.

Hanya perlu beri mereka duit sebagai pendahuluan.

Scammer berjanji mulut manis akan bantu beri anda pulangan pelaburan berlipat kali ganda tanpa memberikan anda maklumat lengkap tentang jenis pelaburan tersebut.

Tapi hakikatnya, hilang terus semua duit anda. Si scammer juga tiba-tiba tidak dapat dihubungi.

5. “You bank-in dekat I RM 100 ribu, I nak terbang ke Malaysia untuk meminang you ni”

Awas! Penipuan jenis ini selalu terjadi kepada wanita.

Demi cinta, sanggup bagi duit berpuluh ribu tanpa kenal lebih mendalam dengan si cinta hati.

Bila dah bagi duit, si cinta hati tak datang pun meminang. Bila disiasat, baru tahu rupanya diri sendiri kena scam oleh cinta!

Malang tidak berbau

Semakin berkembang teknologi dan peningkatan kos sara hidup, semakin pandai scammer mencari peluang.

Malang tidak berbau. Lebih baik kita dilabel sebagai “kedekut” dan konservatif daripada kita mudah ditipu sehingga kerugian wang dan simpanan keluarga.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts