Menu Close

Gaya Hidup Mewah? Kenali Apa Itu Kesan Diderot?

gaya hidup picture

Gambar oleh AP Photo/Vincent Thian

Betul ke gaya hidup mewah ini salah?

Cuba bayangkan situasi sewaktu bulan puasa.

Pada awalnya, anda bercadang untuk menukar langsir baru je sebab langsir lama sudahpun lusuh.

Setelah anda menukar langsir, tiba-tiba anda merasakan sofa anda tidak kena pula dengan langsir baru itu .

Lalu, anda pun tukarlah sofa dengan sofa baru walaupun sofa lama tadi masih elok lagi untuk digunakan.

Kemudian anda rasa macam tak kena pula guna rak TV yang lama. Anda pun beli rak TV yang baru semata-mata nak padankan dengan langsir dan sofa baru tadi.

Langsir baru, sofa baru, rak TV baru…akaun bank pun kosong…Hmm…

 

Ha! Hati-hati…Tanpa anda sedar, anda sedang mengalami kesan Diderot.

 

Apa itu Kesan Diderot?

Sumber : jamesclear.com

Kesan Diderot (Diderot Effect) merujuk kepada situasi membeli sesuatu barangan yang baru dan menggantikan barangan lama semata-mata untuk menyesuaikannya dengan konsep  barangan baru tersebut.

Terma Kesan Diderot pertama kalinya diperkenalkan oleh Grant McCracken pada tahun 1988. Teori Kesan Diderot mencirikan sifat manusia yang membeli secara impulsif tanpa memikirkan praktikaliti dan kegunaan sesuatu barangan.

Teori Diderot Dalam Pemasaran

Betul ke Kesan Diderot ni beri impak buruk kepada manusia?

Kesan Diderot ini sangat digemari oleh syarikat dalam memasarkan produk mereka. Contoh paling mudah ialah IKEA.

Perasan tak, sewaktu kita lalu di sepanjang showroom IKEA, kita dijamu dengan pemandangan dekorasi lengkap yang indah beserta dengan bajet pengubahsuaian.

Sumber : ikea.com

Bayangkan rumah kita mempunyai dekorasi sebegitu….

“Cantik juga ni kalau kita deko rumah kita macam ni kan bang…”

“Rasa macam kosong pula ruang tamu kat rumah kita tu, apa kata kalau kita tambah sikit meja, cermin besar macam contoh deko ni bang…”

Lalu, kita pun mulalah penuhkan troli IKEA dengan segala macam rak, lilin aromatik, pinggan mangkuk, lampu hiasan, cermin besar dan sebagainya…

Walaupun kita tiada keperluan untuk membeli barangan tersebut, tetapi besar harapan kita agar rumah kita juga akan seindah seperti dekorasi IKEA tersebut.

Kesan Diderot memberitahu dua perkara tentang diri kita:

1.Kita membeli barangan untuk melengkapi identiti kita secara keseluruhan.

Contohnya, kalau kita pakai produk Apple, semua barang teknologi kita nak guna jenama Apple. Kalau kita guna handbag Louis Vuitton, kasut pun kita nak brand yang sama. Barulah lengkap gitu.

2. Jika barangan itu tidak sesuai dengan kita walaupun masih lagi boleh digunakan, cepat sahaja kita tukarkannya dengan barangan yang baru semata-mata untuk melengkapkan identiti kita.

Namun begitu, ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh bergaya atau memenuhi kemahuannya sekali sekala. Tetapi, yang menjadi masalahnya apabila kemahuan itu melebihi kemampuan.

Sanggup berhabis simpanan dan berhutang keliling pinggang semata-mata ingin memenuhi gaya hidup sofistikated yang diingini.

Zaman teknologi dan ledakan media sosial bukan hanya menjual barangan, tetapi sebenarnya menjual gaya hidup yang anda idamkan.

Bak kata pepatah, harap hendak melonjak, kopiah pesuk.

 

Kongsi Melalui:

Related Posts