Menu Close

Macam Mana Nak Urus Harta Intelek Melalui MyIPO?

myipo picture

Gambar oleh duniadosen.com

“Saya yang buat design macam ni dulu, kenapa awak nak tiru?!?”

“Apa bukti jenama ni awak punya?”

Selalu kita dengar isu viral rebut design, rebut jenama di media sosial kan?

Nak cakap si A yang dapat idea tu dulu pun tak boleh juga, sebab tiada bukti kukuh melainkan anggapan dan emosi semata-mata.

Walaupun banyak kes rebut-merebut yang berlaku, masih lagi ramai yang tidak mahu mendaftarkan jenama atau rekaan mereka kerana beranggapan kos yang lebih tinggi dan agak leceh.

Namun begitu, sebagai seorang ahli perniagaan atau pereka, adalah penting untuk melindungi harta intelek anda.

Zaman sekarang juga sudah semakin canggih, anda kini boleh menguruskan daftar hak milik anda seperti membuat pembayaran dan perkhidmatan lain secara online menerusi MyIPO.

Ini adalah 10 langkah terperinci dan mudah untuk menguruskan hak cipta anda menggunakan MyIPO.

  1. Log masuk laman web rasmi MyIPO http://www.myipo.gov.my/en/home/.
  2. Pilih ONLINE SERVICES.
  3. Pilih IP ONLINE SEARCH & FILING.
  4. Klik PENDAFTARAN dan pilih INDIVIDU.
  5. Klik New to MyIPO dan pilih ‘Becoming a registered user’.
  6. Jika anda ada kod pengaktifan (boleh didapati semasa berurusan dengan di kaunter pejabat MyIPO), boleh pilih ‘I have an activation code’.
  7. Jika anda tiada kod pengaktifan, pilih ruangan ‘I do not have an activation code’.
  8. Lengkapkan maklumat peribadi anda. Setelah selesai, klik SUBMIT. Ini adalah untuk profil peribadi anda.
  9. Setelah selesai, lengkapkan pula profil awam anda. Kemudian klik SUBMIT.
  10. Log masuk ke MyIPO anda menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang anda cipta tadi.

Itu sahaja. Selesai. Anda kini boleh menguruskan jenama dan harta intelek anda lebih mudah. Segalanya di hujung jari sahaja.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts