Menu Close

Pengurusan Harta: Apa Itu Hibah?

hibah picture

Gambar oleh housing.com

“Kau tau tak, si polan tu menang kes saman dengan keluarga mertua dia tentang isu pengagihan harta si arwah”

“Awak ni asyik tanya saya bila nak hibah harta je, memang awak jenis yang tamak dan tak percaya dengan keluarga saya ke?”

Isu perebutan harta bukan sekadar berlaku di kalangan orang kaya dan berharta, malah berlaku juga di kalangan rakyat marhaen. Apabila timbul isu begini, ramai orang terutamanya ejen insurans atau takaful mula bercakap mengenai kebaikan hibah.

Tetapi, apa hibah ni sebenarnya?

Apa Itu Hibah?

Hibah bermaksud ‘hadiah’. Ianya merupakan pemberian harta alih atau tidak alih yang berlaku semasa si pemberi hibah masih hidup.

Pemberian ini dilakukan secara sukarela oleh pemberi hibah kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan.

Ianya tidak wajib seperti faraid tetapi merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam.

Beza Hibah Dan Faraid

Hibah berbeza dengan faraid dari sudut hukum dan pelaksanaannya.

Pewasiat boleh mewariskan hartanah atau aset kekayaan mereka semasa hidup kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki sama ada ahli keluarga atau bukan ahli keluarga tanpa mengira agama mereka. Manakala, hak dan bahagian waris si mati untuk proses Faraid pula adalah tertakluk kepada Undang-Undang Syariah.

Harta yang telah dihibahkan semasa hidup tidak boleh dikira sebagai harta pusaka untuk pembahagian faraid.

 4 Syarat Hibah Yang Perlu Dipenuhi

Pemberi hibah

Syarat: Sempurna akal, baligh, memiliki kuasa penuh terhadap harta yang hendak dihibahkan.

Penerima hibah

Syarat: Berupaya untuk memiliki harta tersebut dan sudah akil baligh. Sekiranya belum akil baligh, phibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

Harta yang dihibahkan

Syarat: Harta halal, bernilai, boleh dipindah milik, wujud dan memang betul milik si pemberi hibah.

Lafaz ijab dan kabul

Syarat: Tidak dikenakan syarat atau tempoh masa tertentu.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts