Menu Close

Selalu bertangguh buat kerja? Cuba amalkan Teknik Pomodoro ini

pomodoro picture

Gambar oleh cermati.com

“Okay, harini aku nak siapkan semua kerja aku” – Ali

5 minit kemudian, Ali terbaring sambil scroll media sosial selama 3 jam.

Pasti anda biasa mengalami keadaan seperti Ali kan? Awal-awal je merancang nak jadi produktif, lepas buka telefon, terus lupa nak buat kerja..hmmmm…

Ada juga sesetengah individu terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang IT atau banyak menghadap skrin komputer seperti kelas online cenderung mengalami ‘burnout’.

Sumber : Lacheev, Getty Images/iStockPhoto

Burnout boleh terjadi apabila keadaan mental yang terlalu letih dengan pelbagai jenis tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat dan memenuhi KPI yang ditetapkan.

Tapi, jangan risau…Jom admin kongsikan tips untuk jadi produktif menggunakan Teknik Pomodoro.

Apa maksud Teknik Pomodoro ni?

Sumber : francescocirillo.com

Teknik Pomodoro diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada tahun 1980-an. Teknik ini merupakan sistem pengurusan masa yang popular terutamanya kepada individu yang bekerja dan sangat sibuk.

Tujuan Teknik Pomoodoro

Tujuan teknik ini adalah untuk membolehkan individu kekal fokus dan kreatif sepanjang menyiapkan tugasan.

Menggunakan Teknik Pomodoro ini, seseorang itu dapat menyelesaikan tugasan pada masa yang ditetapkan dengan keletihan mental yang minima.

pomodoro picture
Sumber : siobhaindanaher.com

Macam mana nak buat Teknik Pomodoro ni?

  1. Pilih projek yag paling penting dan perlu disiapkan pada waktu terdekat.
  2. Kunci jam loceng bagi tempoh 25 minit.
  3. Pastikan anda fokus pada tugasan tersebut sahaja dalam tempoh masa 25 minit.
  4. Selepas 25 minit, jam loceng anda akan berbunyi.
  5. Berhenti buat kerja anda. Tandakan pusingan ini sebagai CHECKMARK 1
  6. Rehat selama 5 minit sahaja (maksimum).
  7. Ulang semula langkah 2 sehingga 6 sebanyak empat kali sehingga capai CHECKMARK 4
  8. Selepas CHECKMARK 4, anda boleh ulang langkah 2 sehingga 6 tetapi tambahkan masa rehat kepada 15 sehingga 30 minit (maksimum).
  9. Ulang proses ini sehingga anda berjaya siapkan kerja tersebut.

Bagaimana Teknik Pomodoro meningkatkan produktiviti anda?

Menerusi teknik ini, anda akan mendisiplinkan diri untuk menyiapkan tugasan tetapi diselangi dengan masa rehat. Ini membantu minda anda untuk kekal fokus berfikir dan efisyen.

Melihat jam loceng berdetik mampu membantu anda untuk kekal fokus dalam menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat.

Hal ni kerana, anda akan merasakan lebih baik tugasan ini siap pada pusingan CHECKMARK yang awal, supaya anda tidak perlu lagi melalui pusingan kerja 25 minit yang seterusnya.

Anda juga akan kurang stress sebab anda yakin setiap kerja boleh disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan mengaplikasikan konsep Pomodoro.

Kelebihan Teknik Pomodoro

1. ‘Cipta masa’ untuk gangguan

Sumber : Shutterstock Photo

Perasan tak, kadangkala apabila kita bekerja, kita sering terganggu dengan perkara lain yang tidak penting. Contohnya, scroll Facebook, Instagram, balas chat yang tak penting, layan Youtube dan sebagainya.

Sebenarnya, kita boleh je nak buat semua benda ni secara terkawal menggunakan Teknik Pomodoro.

Ada masa untuk buat kerja, ada masa untuk rehat santai sebentar.

2. Lebih efisyen

Sumber : learnenglish.britishcouncil.org

Ada sesetengah pekerjaan yang memerlukan tahap disiplin dan motivasi yang tinggi untuk disiapkan.

Contohnya seperti penyelidikan, belajar, menulis, penghasilan sesuatu karya seni dan lain-lain.

Dengan menggunakan teknik ini, anda dapat memastikan setiap kerja dapat disiapkan dalam masa yang anda sendiri tetapkan.

3. Menang atau kalah

Sumber : WENN Ltd / Alamy

Jika anda seorang peminat game, pasti akan gemar dengan Teknik Pomoodoro ini.

Jam loceng akan bertindak sebagai garis penamat, jadi anda akan berusaha untuk menghabiskan game sebelum waktu tamat. Kalau tidak, anda akan kalah.

Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat dan menggurangkan kebosanan dalam menyiapkan tugasan.

4. Mengelakkan diri daripada sifat suka bertangguh kerja

Sumber : Lacheev, Getty Images/iStockPhoto

Jika anda seorang yang gemar bertangguh dalam menyiapkan tugasan. Lebih baik anda cuba lakukan Teknik Pomodoro ini.

Anda tahu berapa lama waktu yang anda perlu bekerja, jadi tak adalah anda merasa bosan sebab menghadap sesuatu tugasan pada masa yang lama.

Saya ni sesuai ke nak guna Teknik Pomodoro?

Satu benda yang best tentang teknik ini ialah PERCUMA. Anda hanya perlukan jam loceng sahaja.

Tak salah mencuba teknik ini untuk menjadi lebih produktif tanpa perlu mengorbankan kesihatan mental.

Mental sihat, hidup produktif.

Kongsi Melalui:

Related Posts